11999672_1195927200420697_1110079102672279051_o

Ekspo Pendidikan dan Kerjaya (EKSPENS) @USM | 28 -29 Mac 2014

Hari ini merupakan hari pertama JH bertugas selepas sekian lama “merantau” di kawasan utara tanahair menyertai pelbagai Career Fair ada Pesta Kerjaya.

Paling terbaru sekali adalah EKSPEN atau Ekspo Pekerjaan dan Pendidikan 2014 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada 28 dan 29 Mac baru-baru ini.

Kepada pembaca yang belum tahu, JobHouse adalah sebuah syarikat mencari kerja. Di dalam JobHouse, unit KIOSC atau Karier IPTA Onestop Centre ditugaskan untuk mengumpul data maklumat pelajar IPTA serata Malaysia.

Tugas unit KIOSC juga adalah untuk menyediakan graduan untuk menghadapai dunia selepas belajar, iaitu pekerjaan. KIOSC bukan sahaja membantu mahasiswa dan mahasiswi mencari pekerjaan malah KIOSC membantu mereka sebelum mendapat pekerjaan lagi.

Bagaimana KIOSC dapat membantu mereka? Dengan memberikan ceramah atau Career TalkĀ di tempat pengajian mereka secara PERCUMA. Ceramah ini kebiasaannya dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasi JobHouse sendiri, En Sam Elias yang berpengalaman luas dalam industri Sumber Manusia.

Kami di JobHouse dan KIOSC turut mengalu-alukan mahasiswa dan mahasiswi khususnya, sekiranya anda mahu kami berada di tempat anda sila hubungi kami dengan segera.

Cenderahati dari pihak USM kepada JobHouse

IMG-20140328-WA0002

IMG-20140331-WA0000

IMG-20140331-WA0001

Leave a Reply